1.1 Pola induk asas – Master pattern
– Definisi master pattern ialah pola induk asas yang telah didraf dan disemak ketepatan berdasarkan ukuran standart atau ukuran individu. Pola ini berfungsi sebagai panduan utama dalam menghasilkan pola pelbagai rekaan pakaian sebelum melalui proses pengubahsuaian pola. Pola induk ini akan dijadikan pola blok dengan menggunakan kertas tebal seperti blok bahagian badan, blok lengan, blok skirt dan sebagainya.
1.1 Pola kerja – Working Pattern
– Definisi Working pattern ialah pola kerja yang terhasil daripada pengubahsuaian master pattern bagi membentuk pola tertentu. Ia digunakan sebagai pola sementara atau pola percubaan (trial) yang menjadi asas sebelum dihasilkan sebagai pola akhir. Dalam proses ini, working pattern biasanya mengalami pelbagai proses pengubahsuaian seperti menambah atau mengurangkan kertas pola dan sebagianya. Ia juga boleh dipotong, disambung, atau ditampal untuk menyesuaikan bentuk pola rekaan yang diinginkan. Pola ini juga dianggap sebagai pola versi ‘’kerja’’ yang fleksibel dan boleh diubah suai sehingga pereka berpuas hati dengan bentuk serta gaya pakaian yang dikehendaki.
1.1 Pola akhir – Final Pattern
– Definisi Final pattern ialah pola akhir yang telah lengkap, tepat, dan sedia digunakan untuk proses pemotongan fabrik. Ia terhasil selepas proses pembuatan daripada master pattern dan working pattern, termasuklah pengubahsuaian, pengesahan saiz, serta semakan kesesuaian rekaan. Pola akhir ini sudah mempunyai semua butiran teknikal yang lengkap seperti tanda jahitan dan lipatan (fold), lisu, ira fabrik (grainline), dan kelim (seam allowance). Final pattern merupakan panduan utama yang digunakan oleh tukang jahit atau industri untuk memotong fabrik bagi menghasilkan pakaian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar diwajibkan menulis nama, tarikh, jumlah potongan dan nama bahagian pola tersebut.
1. 1 Blok badan asas – Bodice block
– Definisi Bodice block ialah pola asas bahagian atas badan yang digunakan sebagai panduan utama dalam pembuatan pola pelbagai rekaan pakaian wanita atau lelaki. Ia meliputi bahagian dari bahu hingga ke pinggang, tanpa kelim (seam allowance) dan didraf berdasarkan ukuran badan standard atau individu. Bodice block menjadi asas kepada pembuatan pola lain seperti blaus,kemeja, jaket dan pelbagai fesyen lain. Dengan menggunakan bodice block, pereka boleh melakukan manipulasi pola atau lisu untuk menghasilkan pelbagai variasi fesyen. Selain itu bodice block juga didraf dengan sekali dengan blok lengan, blok skirt dan blok seluar.
1.1 Torso blok – Torso Block
– Definisi Torso block ialah pola asas yang meliputi keseluruhan bahagian atas badan dari bahu hingga ke pinggul, merangkumi bodice block dan skirt block yang bersambung dalam satu pola. Ia digunakan untuk membuat pola pakaian satu helaian contohnya gaun, jubah dan pelbagai fesyen kontemporari yang lain.Ianya juga disebut sebagai pola blok gaun.
1.1 Pola rata – Flat pattern
– Definisi Flat pattern adalah kaedah pembuatan pola pakaian yang dilakukan secara mendraf terus di atas kertas secara dua dimensi (2D) berdasarkan ukuran badan atau pola badan asas (basic bodice block). Kaedah ini tidak menggunakan patung (dummy) atau teknik draping, sebaliknya berpandukan ukuran dan teknik manipulasi pola.Flat pattern merupakan teknik paling meluas digunakan dalam industri fesyen kerana ia sistematik, tepat, dan mudah diulang untuk menghasilkan pelbagai rekaan daripada pola badan asas.
1.1 Lisu – Dart
– Definisi Dart ialah lisu dalam bahasa Malaysia, lisu adalah satu jahitan kecil yang berdimensi, yang berbentuk tiga segi apabila dijahit ke dalam bahagian tertentu pada pakaian, bagi membantu membentuk lekuk pada bahagian badan seperti di dada, pinggang dan sebagainya. Jika diatas kertas pola pakaian, ia biasanya didraf berbentuk segitiga. Lisu terdiri daripada beberapa jenis iaitu lisu cengkung, lisu cembung dan lisu hiasan dengan fungsi masing-masing.
1.1 Pengubahsuaian pola – Pattern Manipulation
– Definisi Pattern manipulation adalah proses pengubahsuaian atau menyesuaikan pola asas (basic block) untuk menghasilkan pola rekaan pakaian baharu. Ia membolehkan pereka menukar bentuk, menambah gaya, atau mengubah siluet pakaian tanpa perlu melakar semula pola asas dari awal. Dalam konteks manipulasi pola terdapat beberapa teknik pola utama seperti teknik pivot, teknik manipulasi lisu, teknik slash and spread dan sebagainya.
1.1 Susun atur pola – Pattern Layout
– Definisi pattern layout adalah proses menyusun atur pola pakaian di atas fabrik sebelum dipotong. Ia memastikan setiap bahagian pola diletakkan dengan betul mengikut ira kain (grainline), lipatan fabrik, dan ruang kain yang ada. Penyusunan yang tepat akan menjimatkan penggunaan fabrik, mengekalkan bentuk pakaian, serta memastikan hasil jahitan kemas dan seimbang. Terdapat beberapa susunan pola diatas kain antaranya susunan dengan lipatan fabrik, selari arah ira kain, melintang arah ira kain dan bias atau disebut potongan serong 45 darjah.
1.1 Ira kain – Grainline
– Definisi Grainline ialah ira kain dalam Bahasa Malaysia, ia berfungsi sebagai penunjuk kepada arah benang pada fabrik yang menjadi panduan utama ketika menyusun pola sebelum memotong kain. Setiap pola pakaian perlu diletakkan mengikut ira kain supaya pakaian yang dihasilkan kemas, stabil, dan jatuh dengan betul. Terdapat beberapa arah ira kain antaranya ira kain selari, melintang dan ira serong atau disebut potongan serong 45 darjah.
1.2.1 Pola Asas Utama (Main Blocks pattern)





2.2.1 Pola Manipulasi (pattern manipulation)










3.2.1 – Pola Hiasan (pattern style & embellishment)






4.2.1 – Pola Lengan ( sleeve pattern)





5. Pola untuk kemasan & bahagian dalaman ( finishing pattern)





1.3.1 – Contoh lukisan teknikal yang lengkap
1.3.2 – cara mentafsir detail lukisan teknikal
contoh seluar & lukisan teknikal



contoh gaun pendek lengan kembung & lukisan teknikal



contoh gaun berpanel & lukisan teknikal



contoh gaun empire & lukisan teknikal



contoh gaun pendek berpanel & lukisan teknikal



1.3.3 – Croquis template
1.4.1 – visual bahagian ukuran badan
garisan asas pinggang dan dada
dari paras leher ke paras pinggang
dari paras bahu ke paras pinggang
garisan tengah depan dan belakang
garisan bukaan depan dan belakang
1.4.3 – ukuran saiz s,m, l , xl dan xxl (boleh dimuat turun)
1.4.4 – jadual ukuran saiz model (boleh dimuat turun)
1.5.1 – contoh pola yang lengkap dengan arahan dan tanda pola
1.5.2 – gambar rajah tanda pola dan fungsi 1,2,3


